Monday, March 30, 2009

Sediakan segera Makanan,Tempat Tinggal

Rumusan Berita
Jumaat lalu,Cirendu(Indonesia) telah dilanda dengan tragedi yang mengakibatkan 93 orang terkorban dan 100 lagi orang hilang.Kini,perhatian pihak berkuasa beralih kepada menangani masalah-masalah yang bertimbun selepas tragedi empangan pecah dekat Jakarta.Salah satu masalah yang harus diatasi adalah makanan yang kekurangan dan mencari tempat kediaman secepat mungkin untuk mangsa-mangsa.Ratusan askar,polis dan sukarelawan menggali lumpur menggunkan cangkul dan jentera berat,manakala yang lain mencari mayat di tebing sungai.Menurut penyelaras pos polis, Encik Ahmad Dahlan sukar untuk mengenali mayat yang dijumpai dalam lumpur dan puing runtuhan bangunan.Walaupun kemungkinan menjumpai mangsa yang masih hidup tipis,operasi akan diteruskan sehinnga sekurang-kurangnya seminggu.Sementara itu,perhatian kini ditumpukan cara-cara menyediakan makanan,tempat kediaman dan juga barang-barang keperluan.Seorang mangsa disoal,Encik Abdul Hamid berkata kepunyaan beliau dihanyut oleh air yang mengalir deras.

Pendapat
Pada pendapat saya,Indonesia boleh meminta bantuan dari negeri-negeri lain dalam musibah yang telah melanda mereka.Memandangkan mangsa-mangsa empangan pecah tiada tempat berteduh dan segala kepunyaan mereka hanyut,negeri-negeri lain boleh membantu dengan memberi makanan segera,khemah dan juga pakaian.Ini akan mengeratkan lagi hubungan Indonesia dengan negeri-negeri lain.Pihak berkuasa harus mengiktibarkan tragedi ini dan belajar dari kesilapan. Selepas kejadian ini, saya percaya yang pihak berkuasa akan lebih prihatin untuk memeriksa empangan bagi mengelakkan tragedi ini berlaku sekali lagi.