Monday, May 4, 2009

Tempat bagi Kuarantin dikenal pasti

Rumusan Berita
Pemerintah telah memilih beberapa tempat untuk menempatkan mereka yang disyaki menghidapi flu.Langkah ini untuk mencegah penyakit yang kian merebak terutama di negara barat,influenza A(H1N1) yang sebelum ini dikenali sebagai flu babi.Langkah ini adalah tambahan kepada penggunaan chalet bagai tujuan sama.Ini didedahkan oleh Menteri Pembangunan Negara .Orang-orang yang baru pulang dari negara Mexico harus dikuarantinkan memandangkan penyakit flu babi datang dari negara tersebut.Jika keperluan itu timbul,tempat-tempat untuk mengasingkan mereka telah tersedia contohnya chalet Aloha Loyang yang akan digunakan sebagai pusat kuarantin pada masa ini. .Menurut beliau lagi,kemudahan itu bukan saja dibuka kepada warga asing yang perlu dikuarantinkan tetapi penduduk tempatan turut sama sekali yang enggan dikuarantinkan di rumah sendiri.Jika Singapura teruskan dengan langkah-langkah prihatin yang masih diamalkan,penularan penyakit dapat dikekang.Ia juga memberi masa kepada para doktor dan saintis untuk mencari vaksin bagi penyakit influenza A(H1N1) yang boleh membawa maut.



Pendapat
Pada pendapat saya,langkah-langkah prihatin yang diambil oleh pihak berkuasa amat memuaskan dan juga dapat tenangkan penduduk-penduduk yang mungkin risau tentang penularan penyakit influenza A (H1N1).Tetapi, saya juga percaya yang pihak berkuasa perlu kerjasama dari pihak umum bagi langkah-langkah yang diambil berkesan.Pihak umum harus ikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.Saya yakin yang pihak berkuasa akan berjaya dalam usahanya untuk mencegah penyakit Influenza A (H1N1).

Thursday, April 30, 2009

Pencipta tarik balik Permainan dalam talian Pertarungan libatkan Nabi

Rumusan Berita

Masyarakat Islam telah membantah dengan kuat apabila satu permainan dalam talian Faith Fighter yang membolehkan para pemain menjalani aksi peratarungan melibatkan Nabi Isa,Nabi Muhammad saw dan para nabi lain.Selepas pembentahan tersebut,pencipta permainan telah menarik balik permainan itu.Seorang jurucakap Muktamar Islam mengatakan permainan itu sengaja mengapi-apikan dalam kandungannya dan menyakitkan hati orang Islam dan Kristian.Penerbit permainan itu,Molleindustria dari Italy mengatakan selepas menerima kenyataan rasmi daripada Muktamar Islam,mereka membuat keputusan untuk buang permainan Faith Fighter tersebut dari laman webnya.Jurucakap Muktamar Islam telah menggesa agar hos internet permainan itu mengambil tindakan segera dengan menariknya dari laman web.Pencipta permainan berkata Faith Fighter bertujuan menjadi satu permainan yang menentang sikap tidak toleran dengan menggunakan ironi dan kartun.Molleindustria berkata 'Jika satu pertubuhan terkenal tidak memahami ironi dan mesej permainan itu dan mendakwa ia mencetuskan sikap tidak toleran, maka kami telah gagal.'

Pendapat
Pada pendapat saya, permainan yang direka ini di mana telah melibatkan para Nabi adalah salah.Ia tidak menghairankan kenapa permainan ini telah mencetuskan kemarahan di kalangan masyarakat Islam.Mengikut hukum Islam,ia tidak dibenarkan untuk mereka-reka gambar para Nabi apatah lagi Nabi Muhammad saw yang gambar baginda dalam bentukan kartun diterbitkan pada tahun 2005 di Denmark.Saya rasa ada perlunya kita mengamalkan sifat saling hormat-menghormati antara satu sama lain terutama sekali apabila ia melibatkan topik agama yang dilihat sebagi subjek yang sensitif.Saya rasa para pencipat permainan harus mengitibarkan dari berita ini.Mereka akan sedar bahawa ia tidak dinasihatkan untuk mencipta permainan yang melibatkan agama ataupun bangsa.

Sekolah serata Singapura mula Periksa suhu badan Pelajar

Rumusan berita

Sekolah-sekolah di serata Singapura telah menjalankan pemeriksaan suhu badan mulai semalam,29 April 2009.Langkah ini telah diambil untuk menguji kesediaan pihak sekolah dalam mengatasi flu babi jika merebak ke negara ini.Pelajar-pelajar telah dipesan untuk membawa jangka suhu kelmarin untuk mereka membiasakan diri dengan pemeriksaan suhu badan.Kementerian Pendidikan telah menasihat sekolah-sekolah agar berjaga-jaga dalam pemantauan kakitangan dan pelajar mereka.Contohnya,latihan mengukur suhu badan dijalankan secara menyeluruh dengan stesen saringan didirikan berdekatan pintu masuk sekolah di Sekolah Rendah South View.Menurut naib pengetua sekolah tersebut,Encik Arthur Sow menerangkan bagaimana latihan itu telah dijalankan.Guru-guru akan memerhatikan pelajar-pelajar yang kelihatan kurang sihat dan mereka akan dihantar ke stesen mengukur suhu badan bagi memastikan kesihatan mereka masih dalam tahap yang tidak membimbangkan.Pihak sekolah harus memastikan para pelajar mengamalkan taraf kesihatan peribadi yang memuaskan dan salah satu cara ialah membasuh tangan dengan kerap.

Pendapat
Pada pendapat saya,ia adalah penting untuk pihak berkuasa mengambil langkah-langkah untuk memastikan flu babi tidak akan merebak di negara ini.Jika perkara ini berlaku,Singapura akan ditimpa dengan nasib yang sama seperti dahulu apabila ia menghadapi dengan penyakit membawa maut iatu sesak nafas mendadak(SARS).Pihak berkuasa harus mencuba sedaya upayanya untuk mengelakkan Singapura dari terkena dengan flu babi yang kian merebak di serata dunia.Tetapi untuk kejayaan dalam kecegahan ini,pihak umum juga harus mainkan peranan.Pihak umum boleh mengamalkan taraf kesihatan peribadi yang memuaskan dengan membasuh tangan dengan sabun setiap kali hendak makan.Saya percaya jika pihak umum bekerjasama dengan pihak berkuasa,Singapura akan berjaya dalam menahan flu babi merebak di negara ini.

Hati-hati jika Terima Panggilan dari "Mahkamah"

Rumusan berita

Ada beberapa kes dilaporkan menerima panggilan dari "pihak Mahkamah" yang menyuruh mangsa untuk hadir perbicaraan di mahkamah dan meminta nombor akaun bank.Pihak umum telah diberi amaran oleh jurucakap Mahkamah untuk berwaspada dalam kes-kes ketipuan ini melalui panggilan palsu.Orang ramai juga dinasihati untuk berjaga-jaga apabila menerima panggilan daripada individu yang mengenalkan diri sebagai kakitangan Mahkamah Tinggi ataupun diarah untuk hadir perbicaraan serta diminta maklumat peribadi seperti nombor akaun bank dan wang jumlah dalam akaun tersebut.Menurut jurucakap itu lagi,kakitangan MahkamahTinggi tidak akan meminta maklumat kewangan peribadi menerusi panggilan telefon. Mahkamah Tinggi telah menghubungi polis yang kini memantau keadaan.Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Mahkamah Tinggi di talian 1800-338-1034.Bilangan orang yang telah ditipu dengan pelbagai cara,jumlah-jumlah kes ini meningkat menurut perangkaan Polis baru-baru ini. Tahun lalu, lebih 400 orang ditipu lebih $7.6 juta dengan pelbagai penipuan menerusi telefon.

Pendapat
Pada pendapat saya masalah yang telah diketengahkan ini sungguh membimbangkan sekali.Saya rasa langkah yang diambil oleh pihak Mahkamah Tinggi agar pihak umum lebih berwaspada tentang kes penipuan yang masih hangat ini,adalah satu langkah yang baik untuk mencegah kes-kes penipuan yang masih berlangsung.Pihak umum juga harus sedar yang maklumat peribadi tidak akan ditanya oleh pertubuhan-pertubuhan melalui panggilan telefon kerana ini dianggap tidak profesional.Pihak umum juga boleh memainkan peranan dalam membantu pihak polis dalam operasinya untuk menangkap penyamar-penyamar palsu ini dengan memberitahu polis jika mereka mensyaki siapa-siapa.Apa pun jua berita ini telah membuka mata pihak umum yang kes-kes penipuan boleh dilakukan dengan pelbagai cara.

Wednesday, April 22, 2009

Probesan dan Rawatan Bagi Wanita yang Dedahkan Bayi pada Bahaya

Rumusan Berita

Seorang wanita yang berusia 32 tahun telah meninggalkan bayinya dalam sebuah kereta sorong di tempat perhentian teksi sebuah pusat membeli belah.Bayinya berusia 18 bulan dan kerana kelalaiannya ini,dia diletakkan bawah probesen semalam.Wanita itu juga diarahakan oleh pihak mahkamah supaya memakan ubat mengikut jadual serta menjalani rawatan susulan dan menghadiri sesi kaunseling.Suami wanita itu telah menandatangani bon $5000 sebagai memberi jaminan yang isterinya akan berkelakuan baik.Wanita itu mengaku salah atas tuduhan mengabaikan anak bawah 12 tahun secara sengaja.Seseorang boleh didenda hingga $4000 atau dihukum penjara sehingga empat tahun atau kedua-duanya sekali.Menurut peguam wanita itu,dia berkelakuan sedemikian kerana ingin mencuri perhatian suaminya.Pasangan itu telah bersetuju untuk menghadiri sesi kaunseling berhubung perkahwinan mereka.Kes ini akan dikaji semula dalam jangka tiga bulan.



Pendapat

Pada pendapat saya,berita ini adalah baik untuk ibubapa yang mungkin mempunyai hasrat untuk berkelakuan sama dengan wanita dalam kes ini.Pihak umum harus sedar bahawa kelalaian yang direka-reka akan menerima padah dari pihak berkuasa.Cara ini boleh dipertimbangkan dalam mencegah masalah-masalah yang melibatkan kanak-kanak bawah umur ditinggalkan oleh ibubapa mereka dengan sengaja.Contohnya,di singapura terdapat beberapa kes di mana bayi-bayi ditinggalkan dalam sampah dan sebagainya.Saya percaya ibubapa yang mempunyai hasrat untuk membuang anak mereka,akan fikir dua kali sebelum mengambil langkah ini kerana banyank risikonya.

Monday, April 13, 2009

Pergerai Di Geylang Kecewa Gred Kebersihan Diturunkan Ke C

Rumusan Berita


Ramai pergerai makanan di Pasar Sementara Geylang Serai ditimpa lagi satu masalah.Sebelum ini berita keracunan telah gemparkan dunia mereka tetapi kini mereka menerima satu tamparan yang hebat.Didapati aras kebersihan gerai-gerai mereka diturunkan kepada Gred C.Gred lebih rendah ini yang telah ditetapkan oleh NEA telah mengakibatkan ramai pelanggan menjauhi gerai-gerai tersebut.Keputusan NEA ini telah menjejaskan perniagaan para pergerai.Seorang pemilik minuman telah di temuramah oleh Berita Harian dan beliau berkongsi sama tentang kekecewaannya.Menurut Encik Farook,NEA telah memberitahu bahawa gerainya adalah dalam senarai gerai-gerai yang terbersih.Malangnya,pihak NEA tetap memberi gerainya Gred C.Gred-gred makanan telah diperkenalkan tahun 1997.Terdapat empat gred iatu A,B,C dan D.Sebenarnya bukan Encik Farook seorang sahaja yang kurang puas hati dengan tindakan NEA malah Berita Harian telah temuramah dengan beberapa orang lagai pemilik gerai makan dan mereka mempunyai pendapat yang serupa dengan Encik Farook.Menurut salah seorang pemilik kedai makanan,tindakan NEA telah memburukkan lagi keadaan dan mengakibatkan keruguian yang besar dalam perniagaan antara para pergerai.



Pendapat

Pada pendapat saya penilaian pihak NEA kurang memuaskan hati.Berdasarkan dengan rumusan berita,saya dapati pihak NEA terlalu tegas dalam penilaiannya.Mungkin pihak NEA telah berlaku tegas tentang kebersihan gerai-gerai makanan kerana tidak ingin sejarah berlaku lagi sekali.Ini adalah satu langkah yang baik untuk hindarkan peracunan makanan berlaku sekali lagi tetapi pihak NEA juga harus sedar yang langkah diambil ini akan menjejaskan perniagaan pergerai-pergerai.Munkgin pihak NEA boleh menjelaskan kepada pihak umum yang ia masih selamat untuk menjamu selera di gerai-gerai yang terletak di pasar Geylang.Walaupun jika gerai-gerai tersebut mendapat gred-gred yang kurang memuaskan.Pihak NEA harus meyakinkan pihak umum yang makanan-makanan yang dijual oleh gerai-gerai terlibat,bersih dan mutunya memuaskan.Jika pihak umum dapat percaya dengan jaminan diberi oleh Pihak NEA,ia boleh membantu untuk meningkatkan perniagaan yang sedang merosot.

Monday, March 30, 2009

Sediakan segera Makanan,Tempat Tinggal

Rumusan Berita
Jumaat lalu,Cirendu(Indonesia) telah dilanda dengan tragedi yang mengakibatkan 93 orang terkorban dan 100 lagi orang hilang.Kini,perhatian pihak berkuasa beralih kepada menangani masalah-masalah yang bertimbun selepas tragedi empangan pecah dekat Jakarta.Salah satu masalah yang harus diatasi adalah makanan yang kekurangan dan mencari tempat kediaman secepat mungkin untuk mangsa-mangsa.Ratusan askar,polis dan sukarelawan menggali lumpur menggunkan cangkul dan jentera berat,manakala yang lain mencari mayat di tebing sungai.Menurut penyelaras pos polis, Encik Ahmad Dahlan sukar untuk mengenali mayat yang dijumpai dalam lumpur dan puing runtuhan bangunan.Walaupun kemungkinan menjumpai mangsa yang masih hidup tipis,operasi akan diteruskan sehinnga sekurang-kurangnya seminggu.Sementara itu,perhatian kini ditumpukan cara-cara menyediakan makanan,tempat kediaman dan juga barang-barang keperluan.Seorang mangsa disoal,Encik Abdul Hamid berkata kepunyaan beliau dihanyut oleh air yang mengalir deras.

Pendapat
Pada pendapat saya,Indonesia boleh meminta bantuan dari negeri-negeri lain dalam musibah yang telah melanda mereka.Memandangkan mangsa-mangsa empangan pecah tiada tempat berteduh dan segala kepunyaan mereka hanyut,negeri-negeri lain boleh membantu dengan memberi makanan segera,khemah dan juga pakaian.Ini akan mengeratkan lagi hubungan Indonesia dengan negeri-negeri lain.Pihak berkuasa harus mengiktibarkan tragedi ini dan belajar dari kesilapan. Selepas kejadian ini, saya percaya yang pihak berkuasa akan lebih prihatin untuk memeriksa empangan bagi mengelakkan tragedi ini berlaku sekali lagi.