Wednesday, April 22, 2009

Probesan dan Rawatan Bagi Wanita yang Dedahkan Bayi pada Bahaya

Rumusan Berita

Seorang wanita yang berusia 32 tahun telah meninggalkan bayinya dalam sebuah kereta sorong di tempat perhentian teksi sebuah pusat membeli belah.Bayinya berusia 18 bulan dan kerana kelalaiannya ini,dia diletakkan bawah probesen semalam.Wanita itu juga diarahakan oleh pihak mahkamah supaya memakan ubat mengikut jadual serta menjalani rawatan susulan dan menghadiri sesi kaunseling.Suami wanita itu telah menandatangani bon $5000 sebagai memberi jaminan yang isterinya akan berkelakuan baik.Wanita itu mengaku salah atas tuduhan mengabaikan anak bawah 12 tahun secara sengaja.Seseorang boleh didenda hingga $4000 atau dihukum penjara sehingga empat tahun atau kedua-duanya sekali.Menurut peguam wanita itu,dia berkelakuan sedemikian kerana ingin mencuri perhatian suaminya.Pasangan itu telah bersetuju untuk menghadiri sesi kaunseling berhubung perkahwinan mereka.Kes ini akan dikaji semula dalam jangka tiga bulan.



Pendapat

Pada pendapat saya,berita ini adalah baik untuk ibubapa yang mungkin mempunyai hasrat untuk berkelakuan sama dengan wanita dalam kes ini.Pihak umum harus sedar bahawa kelalaian yang direka-reka akan menerima padah dari pihak berkuasa.Cara ini boleh dipertimbangkan dalam mencegah masalah-masalah yang melibatkan kanak-kanak bawah umur ditinggalkan oleh ibubapa mereka dengan sengaja.Contohnya,di singapura terdapat beberapa kes di mana bayi-bayi ditinggalkan dalam sampah dan sebagainya.Saya percaya ibubapa yang mempunyai hasrat untuk membuang anak mereka,akan fikir dua kali sebelum mengambil langkah ini kerana banyank risikonya.

No comments:

Post a Comment