Thursday, April 30, 2009

Hati-hati jika Terima Panggilan dari "Mahkamah"

Rumusan berita

Ada beberapa kes dilaporkan menerima panggilan dari "pihak Mahkamah" yang menyuruh mangsa untuk hadir perbicaraan di mahkamah dan meminta nombor akaun bank.Pihak umum telah diberi amaran oleh jurucakap Mahkamah untuk berwaspada dalam kes-kes ketipuan ini melalui panggilan palsu.Orang ramai juga dinasihati untuk berjaga-jaga apabila menerima panggilan daripada individu yang mengenalkan diri sebagai kakitangan Mahkamah Tinggi ataupun diarah untuk hadir perbicaraan serta diminta maklumat peribadi seperti nombor akaun bank dan wang jumlah dalam akaun tersebut.Menurut jurucakap itu lagi,kakitangan MahkamahTinggi tidak akan meminta maklumat kewangan peribadi menerusi panggilan telefon. Mahkamah Tinggi telah menghubungi polis yang kini memantau keadaan.Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Mahkamah Tinggi di talian 1800-338-1034.Bilangan orang yang telah ditipu dengan pelbagai cara,jumlah-jumlah kes ini meningkat menurut perangkaan Polis baru-baru ini. Tahun lalu, lebih 400 orang ditipu lebih $7.6 juta dengan pelbagai penipuan menerusi telefon.

Pendapat
Pada pendapat saya masalah yang telah diketengahkan ini sungguh membimbangkan sekali.Saya rasa langkah yang diambil oleh pihak Mahkamah Tinggi agar pihak umum lebih berwaspada tentang kes penipuan yang masih hangat ini,adalah satu langkah yang baik untuk mencegah kes-kes penipuan yang masih berlangsung.Pihak umum juga harus sedar yang maklumat peribadi tidak akan ditanya oleh pertubuhan-pertubuhan melalui panggilan telefon kerana ini dianggap tidak profesional.Pihak umum juga boleh memainkan peranan dalam membantu pihak polis dalam operasinya untuk menangkap penyamar-penyamar palsu ini dengan memberitahu polis jika mereka mensyaki siapa-siapa.Apa pun jua berita ini telah membuka mata pihak umum yang kes-kes penipuan boleh dilakukan dengan pelbagai cara.

No comments:

Post a Comment