Thursday, April 30, 2009

Pencipta tarik balik Permainan dalam talian Pertarungan libatkan Nabi

Rumusan Berita

Masyarakat Islam telah membantah dengan kuat apabila satu permainan dalam talian Faith Fighter yang membolehkan para pemain menjalani aksi peratarungan melibatkan Nabi Isa,Nabi Muhammad saw dan para nabi lain.Selepas pembentahan tersebut,pencipta permainan telah menarik balik permainan itu.Seorang jurucakap Muktamar Islam mengatakan permainan itu sengaja mengapi-apikan dalam kandungannya dan menyakitkan hati orang Islam dan Kristian.Penerbit permainan itu,Molleindustria dari Italy mengatakan selepas menerima kenyataan rasmi daripada Muktamar Islam,mereka membuat keputusan untuk buang permainan Faith Fighter tersebut dari laman webnya.Jurucakap Muktamar Islam telah menggesa agar hos internet permainan itu mengambil tindakan segera dengan menariknya dari laman web.Pencipta permainan berkata Faith Fighter bertujuan menjadi satu permainan yang menentang sikap tidak toleran dengan menggunakan ironi dan kartun.Molleindustria berkata 'Jika satu pertubuhan terkenal tidak memahami ironi dan mesej permainan itu dan mendakwa ia mencetuskan sikap tidak toleran, maka kami telah gagal.'

Pendapat
Pada pendapat saya, permainan yang direka ini di mana telah melibatkan para Nabi adalah salah.Ia tidak menghairankan kenapa permainan ini telah mencetuskan kemarahan di kalangan masyarakat Islam.Mengikut hukum Islam,ia tidak dibenarkan untuk mereka-reka gambar para Nabi apatah lagi Nabi Muhammad saw yang gambar baginda dalam bentukan kartun diterbitkan pada tahun 2005 di Denmark.Saya rasa ada perlunya kita mengamalkan sifat saling hormat-menghormati antara satu sama lain terutama sekali apabila ia melibatkan topik agama yang dilihat sebagi subjek yang sensitif.Saya rasa para pencipat permainan harus mengitibarkan dari berita ini.Mereka akan sedar bahawa ia tidak dinasihatkan untuk mencipta permainan yang melibatkan agama ataupun bangsa.

No comments:

Post a Comment