Monday, April 13, 2009

Pergerai Di Geylang Kecewa Gred Kebersihan Diturunkan Ke C

Rumusan Berita


Ramai pergerai makanan di Pasar Sementara Geylang Serai ditimpa lagi satu masalah.Sebelum ini berita keracunan telah gemparkan dunia mereka tetapi kini mereka menerima satu tamparan yang hebat.Didapati aras kebersihan gerai-gerai mereka diturunkan kepada Gred C.Gred lebih rendah ini yang telah ditetapkan oleh NEA telah mengakibatkan ramai pelanggan menjauhi gerai-gerai tersebut.Keputusan NEA ini telah menjejaskan perniagaan para pergerai.Seorang pemilik minuman telah di temuramah oleh Berita Harian dan beliau berkongsi sama tentang kekecewaannya.Menurut Encik Farook,NEA telah memberitahu bahawa gerainya adalah dalam senarai gerai-gerai yang terbersih.Malangnya,pihak NEA tetap memberi gerainya Gred C.Gred-gred makanan telah diperkenalkan tahun 1997.Terdapat empat gred iatu A,B,C dan D.Sebenarnya bukan Encik Farook seorang sahaja yang kurang puas hati dengan tindakan NEA malah Berita Harian telah temuramah dengan beberapa orang lagai pemilik gerai makan dan mereka mempunyai pendapat yang serupa dengan Encik Farook.Menurut salah seorang pemilik kedai makanan,tindakan NEA telah memburukkan lagi keadaan dan mengakibatkan keruguian yang besar dalam perniagaan antara para pergerai.



Pendapat

Pada pendapat saya penilaian pihak NEA kurang memuaskan hati.Berdasarkan dengan rumusan berita,saya dapati pihak NEA terlalu tegas dalam penilaiannya.Mungkin pihak NEA telah berlaku tegas tentang kebersihan gerai-gerai makanan kerana tidak ingin sejarah berlaku lagi sekali.Ini adalah satu langkah yang baik untuk hindarkan peracunan makanan berlaku sekali lagi tetapi pihak NEA juga harus sedar yang langkah diambil ini akan menjejaskan perniagaan pergerai-pergerai.Munkgin pihak NEA boleh menjelaskan kepada pihak umum yang ia masih selamat untuk menjamu selera di gerai-gerai yang terletak di pasar Geylang.Walaupun jika gerai-gerai tersebut mendapat gred-gred yang kurang memuaskan.Pihak NEA harus meyakinkan pihak umum yang makanan-makanan yang dijual oleh gerai-gerai terlibat,bersih dan mutunya memuaskan.Jika pihak umum dapat percaya dengan jaminan diberi oleh Pihak NEA,ia boleh membantu untuk meningkatkan perniagaan yang sedang merosot.

No comments:

Post a Comment